Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi

Citation

A Rahman, Noraishah and Aziz, Nurul Sakinah (2023) Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Journal of Communication, Language and Culture, 3 (2). pp. 27-40. ISSN 2805-444X

[img] Text
379 - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2kB)

Abstract

Masalah pembelajaran Jawi di sekolah sering dibangkitkan di Malaysia kerana ramai pelajar tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik. Faktor yang menyebabkan masalah ini termasuk kekurangan bahan bantu mengajar, kurikulum yang kurang mencukupi, dan kurangnya latihan dalam kelas. Pelajar juga kurang berminat untuk mempelajari Jawi kerana menganggap bahawa Jawi tidak penting dalam zaman moden. Untuk mengatasi masalah ini, para pendidik dilihat perlu meningkatkan kualiti bahan bantu mengajar dan menambahkan lebih banyak aktiviti menarik dalam kurikulum. Penggunaan teknologi moden seperti aplikasi pembelajaran bahasa juga boleh digunakan untuk menggalakkan minat pelajar dalam mempelajari Jawi. Kajian ini bertujuan unutk mengenal pasti elemen yang sesuai dalam membina aplikasi Jawi dan menjelaskan proses pembinaan aplikasi i-Jawi untuk digunakan dalam pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah. Fuzzy Delphi Method (FDM) digunakan untuk mendapatkan kesepakatan daripada 13 orang pakar mengenai elemen-elemen yang perlu ada dalam aplikasi tersebut. Kajian ini menggunakan skala likert 7 yang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian I: maklumat demografi pakar dan Bahagian II: elemen-elemen yang terdapat dalam i-JAWI APP iaitu elemen isi kandungan, teks, grafik, audio dan kemudahan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pernomboran Segi Tiga Fuzzy, sementara ranking pula ditetapkan melalui proses Defuzzication. Hasil kajian menunjukkan bahawa fasa reka bentuk ini telah memenuhi syarat-syarat FDM dengan nilai treshold (d) kurang daripada 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi 75% dan nilai skor fuzzy (A) melebihi 0.5. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembinaan aplikasi i-JAWI APP berdasarkan elemen-elemen yang telah dipersetujui pakar ini amat signifikan dalam membantu pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah. Sebagai cadangan, pengkaji-pengkaji pada masa akan datang disarankan untuk mengkaji elemen-elemen lain dan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan metod Fuzzy Delphi ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aplikasi mudah alih; pembelajaran Jawi prasekolah; Fuzzy Delphi Method; i-JAWI APP; kesepakatan pakar, mobile application; preschool Jawi learning;Fuzzy Delphi Method; i-Jawi APP; expert consensus
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines > QA75.5-76.95 Electronic computers. Computer science
Divisions: Others
Depositing User: Mr. MUHAMMAD AZRUL MOSRI
Date Deposited: 16 Aug 2024 01:07
Last Modified: 16 Aug 2024 01:07
URII: http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/12803

Downloads

Downloads per month over past year

View ItemEdit (login required)