Kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu kajian perbandingan

Citation

Muhamad, Mohd Munzil and Saifuddin, Suhaizad and Markom, Ruzian (2019) Kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu kajian perbandingan. Malaysian Syariah and Civil Courts: A Comparative Study, 31 (1). pp. 1-34. ISSN 0128-2670

[img] Text
1j.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (624kB)

Abstract

Artikel ini melihat aspek persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dengan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang diguna pakai di mahkamah sivil dalam konteks kaedah pembuktian, serta membandingkan implikasi yang wujud hasil proses adaptasi dan harmonisasi. Kajian yang bersifat kualitatif ini mengaplikasikan instrumen analisis kandungan terhadap peruntukan undang-undang, selain menggunakan kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan di bawah Akta 561 dan lima daripadanya diadaptasi daripada Akta 56, sementara pemakaian qarinah pula dilihat berbeza dari perspektif syarak. Oleh itu, proses adaptasi dan Islamisasi dalam enakmen keterangan mahkamah syariah yang menimbulkan beberapa isu berbangkit, terutama yang berhubung dengan kaedah pembuktian perlu dihalusi supaya menjadi suatu rujukan yang lebih lengkap dan komprehensif untuk diguna pakai di mahkamah syariah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Law
Subjects: K Law > KB1-4855 Religious law in general. Comparative religious law
Divisions: Faculty of Law (FOL)
Depositing User: Ms Suzilawati Abu Samah
Date Deposited: 08 Apr 2022 01:17
Last Modified: 08 Apr 2022 01:17
URII: http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/9359

Downloads

Downloads per month over past year

View ItemEdit (login required)