Ketidaksamaan dan Diskriminasi dalam Perniagaan Francais di Malaysia: Satu Kajian Sosio-Perundangan

Citation

Wong, Hua Siong (2020) Ketidaksamaan dan Diskriminasi dalam Perniagaan Francais di Malaysia: Satu Kajian Sosio-Perundangan. In: International Conference on Law and Globalisation 2020 (ICLG2020), 7 Nov 2020, Kuala Terengganu.

[img] Text
76.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (7MB)

Abstract

Francais merupakan satu konsep perniagaan yang melibatkan dua pihak, iaitu francaisor dan francisi ataupun lebih mengikut keperluan bagi menjalankan satu aktiviti perniagaan, mengembangkan dan memperkenalkannya terus sehingga dapat diterima dengan cepat di kalangan pengguna. Akta Francais 1998 merupakan akta utama yang mengawal urusan perniagaan francais di Malaysia di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Walau bagaimanapun Akta Francais 1998 telah dipinda beberapak kali sejak 1998, namun masih terdapat ketidaksamaan dan isu diskriminasi dalam perniagaan francais. Dapatan kajian termasuklah larangan menjalankan perniagaan yang sama oleh francaisi, isu monopoli perniagaan oleh francaisor, pembayaran yuran oleh francaisi kepada francaisor yang amat tinggi dan isu-isu lain. Penulis akan menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan kajian sistematik pandangan falsafah dan akademik literatur. Kajian ini bukan kajian empirikal tetapi kajian perpustakaan dari pelbagai sumber data utama seperti Akta-akta bertulis, undang-undang kes dan sumber data sekunder iaitu artikel dan jurnal dari pangkalan data dalam talian bagi mengenal pasti sama ada perniagaan francais yang dijalankan di Malaysia kini mempunyai isu-isu ketidaksamaan dan diskriminasi. Cadangan-cadangan boleh disarankan bagi membaiki kelemahan Akta Francais 1998 dari segi isu ketidaksamaan dan diskriminasi semasa menjalankan perniagaan francais. Secara kesimpulan, elemen ketidaksamaan dan diskriminasi dalam menjalankan perniagaan francais haruslah dikikiskan bagi mewujudkan satu perniagaan francais yang adil dan saksama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Franchises (Retail trade), Diskriminasi, francais, ketidaksamaan, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5428-5429.6 Retail trade
Divisions: Faculty of Law (FOL)
Depositing User: Ms Rosnani Abd Wahab
Date Deposited: 10 Sep 2021 04:52
Last Modified: 10 Sep 2021 04:52
URII: http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/8499

Downloads

Downloads per month over past year

View ItemEdit (login required)