Citation
Mashudi, Rohaidah and Abdul Aziz, Adi Yasran and Musanif, Ahmad Mahmood and Mohamad, Hasnah (2013) Faktor kesopanan dan strategi komunikasi dalam genre perbincangan di televisyen. GEMA Online Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 163-178. ISSN 1675-8021
Text
93.pdf Restricted to Repository staff only Download (408kB) |
Abstract
Program perbincangan interaktif di televisyen adalah dikategorikan sebagai genre berdasarkan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti mengikut analisis genre linguistik. Penonjolan gejala penggunaan bahasa dalam genre perbincangan di saluran-saluran televisyen ini menjelaskannya sebagai suatu peristiwa bahasa. Peristiwa bahasa perbincangan di televisyen telah mewujudkan perhubungan dua hala dalam kalangan pemeran. Justeru, proses sosial yang ada memerlukan penelitian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesopanan dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemeran-pemeran. Strategi komunikasi yang dikaitkan dengan kesopanan ini perlulah ditandai dengan beberapa faktor antaranya, faktor peranan dan perbezaan taraf sosial. Penafian terhadap pengaruh faktor-faktor penggunaankesopanan dan pelanggaran dalam strategi komunikasi hanya mencetuskan kecelaruan pameran terhadappemahaman tentang suatu budaya dan sosialnya. Kajian ini memberi tumpuan kepada genre perbincangan yang bersiarandi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) saluran perdana TV1. Penelitian terhadap faktor penggunaan kesopanan dan strategi komunikasi yang terdapat dalam peristiwa bahasa ini dianalisis dan dijelaskan mengikut pendekatanAsmah Hj Omar. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhipenggunaan strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan dalam genre perbincangan di televisyen.Tiga genre perbincangan daripada Hal Ehwal Islam di RTM TV1 di rekodkan sebagai teks kajian. Hasil kajia ini mendapati bahawa strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan yang berterusan mewujudkan komunikasi berkesan dalam mencapai tujuan sebenar suatu perbincangan yang bersiaran di televisyen
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JA1-92 Political science (General) |
Divisions: | Faculty of Applied Communication (FAC) |
Depositing User: | Ms Rosnani Abd Wahab |
Date Deposited: | 07 Apr 2014 08:09 |
Last Modified: | 12 Apr 2023 07:24 |
URII: | http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/5407 |
Downloads
Downloads per month over past year
Edit (login required) |