Strategi Komunikasi: Kartun Dalam Akhbar.

Citation

Mashudi, Rohaidah and Ishak, Norishamsawati and Mashhod, Faizuniza and Syafri, Elsa Putri Ermisah and Sanudin, Siti Rasyidah and Wahid, J. Sham (2019) Strategi Komunikasi: Kartun Dalam Akhbar. In: International Conference on Communication, Language, Education & Social Science (CLESS 2019), 11-12 Nov. 2019, Multimedia University Melaka Campus, Melaka, Malaysia.

[img] Text
eproceedings_CLESS-2019.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (6MB)

Abstract

Kartun tidak hanya dilihat sebagai suatu saluran media untuk memberi hiburan kepada masyarakat. Ini kerana kartun memainkan peranan penting sebagai medium penyampai maklumat yang sangat berkesan kepada semua golongan. Mesej dalam kartun disampaikan sama ada melalui penggunaan bahasa dan ilustrasi atau ilustrasi semata-mata daripada seorang kartunis. Paparan ilustrasi dengan penggunaan bahasa dalam kartun di akhbar secara tidak langsung membawa isu semasa dalam pelbagai aspek. Malah melalui ilustrasi ini dapat membantu merangsang idea dan kematangan seseorang dalam menilai suatu mesej. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti strategi komunikasi melalui kartun dan menghuraikan penggunaan bahasa dalam kartun. Hal yang demikian, terdapat dua kaedah strategi komunikasi yang digunakan dalam kartun iaitu kaedah langsung dan kaedah tak langsung. Kajian dijalankan secara kualitatif melalui pendekatan deskriptif. Data kajian diambil dan dikumpulkan daripada kartun yang diterbitkan dalam ruangan rencana oleh kartunis Maro yang memberi gambaran tentang situasi semasa politik negara di Mingguan Malaysia pada setiap hari Ahad untuk keluaran selama 2 bulan iaitu bulan Julai dan Ogos pada tahun 2019. Analisis data dilakukan melalui dua pendekatan startegi komunikasi yang dikemukakan oleh Asmah Hj Omar iaitu melalui kaedah tak langsung dan kaedah langsung. Hasil kajian terhadap strategi komunikasi melalui kartun dalam akhbar jelas menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian strategi komunikasi yang digunakan melalui penggunaan bahasa demi memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami oleh semua pihak. Kaedah tidak langsung melalui orang perantaraan menjadi satu strategi komunikasi yang utama dalam penyampaian penceritaan melalui kartun.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Other Title: Communication Strategy: Cartoon in Newspaper
Uncontrolled Keywords: Caricatures and cartoons
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions: Faculty of Applied Communication (FAC)
Depositing User: Ms Rosnani Abd Wahab
Date Deposited: 14 Oct 2021 13:44
Last Modified: 14 Oct 2021 13:44
URII: http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/9546

Downloads

Downloads per month over past year

View ItemEdit (login required)