Peranan pengukuran prestasi strategik ke atas kepuasan kerja dan kekuasaan psikologi dalam kalangan pengurus dalam sektor automotif

Haslina Hassan, and Amizawati Mohd. Amir, and Ruhanita Maelah, (2012) Peranan pengukuran prestasi strategik ke atas kepuasan kerja dan kekuasaan psikologi dalam kalangan pengurus dalam sektor automotif. Jurnal Pengurusan, 34. pp. 65-78. ISSN E-ISSN: 0127-2713 Print ISSN: 0127-2713

[img] Text
2..pdf
Restricted to Repository staff only

Download (427kB)
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan

Abstract

Kajian pasaran mendapati inovasi, kreativiti dan kejuruteraan semula adalah antara faktor-faktor kejayaan kritikal bagi industri automotif yang seharusnya diukur dan dipantau. Faktor-faktor ini adalah sebahagian daripada maklumat yang luas skopnya dalam Sistem Pengukuran Prestasi Strategik (PPS), yang menggabungkan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Kajian lepas menunjukkan bahawa PPS telah dilaksanakan dan diamalkan dalam kalangan syarikat-syarikat automotif di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih kurang jelas bagaimana sistem ini mampu mempengaruhi tingkah laku individu serta prestasi kakitangan. Oleh itu, kajian ini melihat hubungan antara kesan PPS dengan tahap motivasi, kekuasaan psikologi dan prestasi mereka. Berdasarkan maklum balas daripada 100 orang pengurus jualan automotif, kajian menunjukkan bahawa ukuran kewangan adalah berhubungan secara signifikan dengan kepuasan kerja, kekuasaan psikologi dan prestasi. Sebaliknya, tiada hubungan signifikan bagi ukuran bukan kewangan dilaporkan. Kebimbangan bagi PPS adalah berkaitan dengan peranan ukuran bukan kewangan dalam mempengaruhi prestasi kerja kakitangan. Oleh itu, perbincangan kertas ini dirumuskan dengan implikasi kepada teori dan amalan.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5546-5548.6 Office management
Depositing User: Users 1102 not found.
Date Deposited: 04 Feb 2013 00:39
Last Modified: 23 Oct 2013 03:48
URI: http://shdl.mmu.edu.my/id/eprint/3824

Actions (login required)

View Item View Item